Tuesday, June 14, 2016

Jatuh atas bara api




JALANDHAR (India):  Ketika sedang melaksanakan upacara keagamaan, suasana menjadi gempar apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun melecur teruk setelah terjatuh ke atas arang panas yang sedang panas membara.  Difahamkan kanak-kanak itu tiba-tiba terlepas dari dukungan bapanya yang tidak lagi mampu menyeimbangkan diri ketika berjalan di atas bara yang panas tersebut.

Setelah dibawa ke hospital, kanak-kanak itu dimasukkan ke wad kecemasan. Dikatakan sebelum berjaya dikejarkan ke hospital, penduduk kawasan tersebut saling bertingkah dan enggan membawa kanak-kanak malang tersebut ke hospital berikutan yakin bahawa tuhan mereka akan menyembuhkannya.

Kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan pada anggota badan dan peha, terang Dr Dr Jangpreet Singh, specialist yang merawatnya kepada pihak media.  Badan si bapa juga dikataan melecur 15 peratus dan mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk sembuh.