Sunday, August 26, 2012

Gambaran Ahli Syurga

Dari Abu Hurairah, dari Nabi s.a.w. , beliau bersabda: “Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang saleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas dalam hati manusia.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda ; “Jika  kamu mati, akan diperlihatkan kepadanya tempatnya di akhirat kelak, setiap pagi dan petang. Andainya dia adalah penghuni Syurga, maka tempatnya di syurga akan ditunjukkan kepadanya. Dan andainya dia adalah penghuni neraka, maka tempatnya di neraka akan ditunjukkan kepadanya.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Dari Imran bin Hussien dari nabi s.a.w., beliau telah bersabda; “Aku melihat ahli Syurga, sebahagian besar penghuninya adalah orang-orang miskin. Kemudian aku melihat neraka, kebanyakan penghuninya adalah perempuan.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Dari Abu Hurairah r.a., ketika kami bersama Rasulullah s.a.w., beliau bersabda ; “Dalam tidurku, aku melihat  diriku berada dalam syurga, dan di sana aku bertemu dengan seorang perempuan yang sedang berwuduk dekat sebuah istana. Aku bertanya ; Untuk siapa istana ini ?  Jawab perempuan tersebut : Untuk Umar al-Khattab. Aku teringat bagaimana ghirah (sangat menjaga kehormatan perempuan) Umar. Akupun segera meninggalkan tempat tersebut. Umar menangis mendengar perkara tersebut dan berkata ; Bagaimana aku berani cemburu terhadapmu Ya Rasulullah !.” Hadis riwayat Bukhari.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda ; “Kelompok pertama yang akan masuk ke syurga akan bercahaya seperti bulan purnama. Di syurga, mereka tidak akan meludah, membuang hingus atau membuang air besar. Bejana mereka dibuat daripada emas. Sikat dari emas dan perak, alat pemanggang (dupa) dari kayu cendana, harum peluh mereka bagaikan wangi kasturi. Setiap penghuninya memiliki dua isteri, kulitnya sangat licin dan wajahnya teramat cantik. Mereka tidak akan berselisih faham, hati mereka bersatu dan mereka mengagungkan Allah setiap pagi dan petang.” Hadis riwayat Bukhari.

Dari Sahl bin Saad r.a.  bahawa Nabi s.a.w. bersabda ; “70,000 atau 700,000 umatku syurga bersama-sama. Yang pertama dan yang terakhir akan masuk pada waktu yang sama dan wajah-wajah mereka bercahaya laksana bulan purnama.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Abu Hurairah r.a. berkata: Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda:  Akan ada rombongan dari umatku tujuh puluh ribu masuk surga tanpa hisab, bercahaya muka mereka bagaikan bulan purnama. Abu Hurairah r.a. berkata: Maka berdirilah Ukasyah bin Mihshan Al-Asadi sambil menjinjing selimutnya, lalu berkata: Ya Rasulullah. doakan semoga Allah menjadikan aku dari golongan mereka. Maka Nabi saw. berdoa: Ya Allah, jadikanlah dia dari golongan mereka.  Kemudian seorang sahabat Anshar berdiri dan berkata: Ya Rasulullah doakan semoga Allah menjadikan aku dari golongan mereka.  Jawab Nabi s.a.w.: Engkau telah didahului oleh Ukasyah r.a.  (Bukhari dan Muslim).



Dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: “Sesungguhnya seorang mukmin mempunyai sebuah khemah di dalam surga yang terbuat dari satu mutiara yang berlubang, panjangnya 60 batu, dan orang seorang mukmin juga memiliki keluarga di dalamnya yang akan ia kunjungi padahal sebagian mereka tidak pernah melihat sebagian yang lain.” Hadis riwayat Muslim.

Dari Abu Hurairah r.a.  dari Nabi s.a.w. bersabda ; “Sesungguhnya di syurga itu ada sebuah pohon (sangat besar dan rendang) sehinggakan seseorang mengelilinginya, maka memerlukan masa 100 tahun. Jika kamu mahu, bacalah ayat  al-Quran { وَظِلٍّ مَمْدُودٍ }“dan naungan yang terbentang luas” (ayat 30 surah al-Waqiah). Hadis riwayat Bukhari.

Dari Abu Hurairah r.a.., ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah menciptakan Adam dalam bentuknya setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya, Allah berkata: Pergilah dan ucapkanlah salam kepada kelompok itu, yaitu beberapa malaikat yang sedang duduk, dan dengarkanlah apakah jawaban mereka karena itulah ucapan selamat untukmu dan keturunanmu. Maka Adam pergi menghampiri lalu mengucapkan: “Semoga keselamatan menyertai kalian”. Mereka menjawab: “Semoga keselamatan dan rahmat Allah menyertai kalian”. Mereka menambahkan “rahmat Allah”. Maka setiap orang yang memasuki surga itu seperti bentuk Adam yang tingginya enam puluh hasta. Seluruh makhluk setelah Adam terus berkurang tingginya sampai sekarang.” Hadis riwayat Muslim.

Dari Abu Saaid al-Khudri r.a.  dari nabi s.a.w. telah bersabda ; “Para penghuni Syurga akan melihat para penduduk al-Ghuraf (tempat paling utama di Syurga) spt seorang melihat cahaya bintang jauh di timur atau barat cakerawala, kerana keutamaan mereka yang melebihi orang lain. Mereka bertanya ; Ya Rasulullah s.a.w., apakah tempat itu diperuntukkan hanya kepada para nabi ? Jawab Rasulullah s.a.w. : Tidak. Demi Zat menggengam jiwaku, tempat itu diperuntukkan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya.” Hadis riwayat Bukhari.

No comments:

Post a Comment