Saturday, August 11, 2012

Kartunis Mati Terbakar

Laporan siasatan sebuah akhbar yang diterbitkan dari Arab Saudi, telah mendakwa bahawa Kurt Westergaard, kartunis Denmark yang menggemparkan dunia Islam kerana menghina Nabi Muhammad SAW dalam karikaturnya, telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran.

Pihak berkuasa Denmark telah cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan kematiannya yang telah membuatkan seluruh umat Islam seluruh dunia marah dengan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. Rentetan dari itu kartunis ini telah menerima ancaman dari seluruh dunia yang marah kerana penerbitan yang berulang-ulang di akhbar Eropah.

Pada Februari 2008, tiga warga Arab telah ditangkap kerana tuduhan penglibatan mereka dalam yang merancang kematian Kurt. Seorang lelaki Somalia telah juga cuba menikam beliau tetapi polis berjaya menyelamatkan beliau.

Laporan siasatan berkata, kejadian itu berlaku di mana Westergaard telah terbakar serius dan mati di tempat kejadian dan kejadian berlaku dalam biliknya, anehnya, bilik itu telah di kawal ketat tanpa sesiapa pun boleh masuk.  Bagaimana dia boleh terbakar? Takkan pengawal di luar rumah tak perasan? Misteri kematiannya tidak terungkai dan yang paling penting ia di rahsiakan dari pengetahuan umum.

Laporan itu juga mendakwa bahawa beberapa saksi-saksi juga bersedia untuk memberi keterangan tentang apa yang berlaku. Pihak berkuasa Denmark setakat ini tidak dapat mencari sebarang punca mengenai api tersebut, sambil menganggap ini adalah konspirasi dari luar yang ingin membunuh kartunis tersebut.

Menurut BBC, sebanyak dua belas orang yang terlibat dalam penerbitan karikatur menghina Nabi Muhammad, tetapi semua mereka, kecuali Kurt, telah memilih untuk bersembunyi untuk melarikan diri dari kemarahan awam selepas umat Islam di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam perhimpunan bantahan yang dihadiri oleh berjuta-juta orang.

Sumber...

No comments:

Post a Comment