Sunday, June 12, 2016

Ratu You Tube Christina Grimmie mati ditembak



Orlando, Florida: Polis masih berusaha memastikan motif lelaki berusia 27 tahun dikenali sebagai Kevin Loibl, menembak mati penyanyi sensasi You Tube yang kemudian popular melalui rancangan realiti televisyen ‘The Voice’, Christina Grimmie, 22, pagi tadi waktu Malaysia.

Penyanyi itu sedang menandatangani autograf peminat selepas satu konsert di Orlando apabila Kevin menembaknya.

Abang penyanyi itu, Marcus, menerkam dan menjatuhkan penyerang berkenaan sebelum lelaki itu menembak dirinya sendiri.

Christina dari New Jersey yang mendapat tempat ketiga musim keenam The Voice pada 2014, mati beberapa jam kemudian di hospital.

Lelaki berkenaan dikatakan memandu sejauh 160 kilometer dari rumahnya di St Petersburg ke Orlando sebelum menembak Christina.

Christina mula mendapat perhatian tujuh tahun lalu selepas memuat naik video dia bermain piano sambil menyanyikan lagu ‘Don't Wanna Be Torn (Miley Cyrus)’.

Pada 2011, Entertainment Weekly menggelar dia sebagai ratu muzik YouTube dengan hampir sejuta pengunjung tetap (kini 3.2 juta).

No comments:

Post a Comment