Showing posts with label Kenapa Kita Salawat Keatas Nabi Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Kenapa Kita Salawat Keatas Nabi Ibrahim. Show all posts

Monday, April 11, 2016

Kenapa Kita Salawat Keatas Nabi Ibrahim

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


1 – Di dalam sembahyang kita diajar agar berselawat ke atas Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad s.a.w , di samping itu , kita juga diajar agar turut sama berselawat ke atas Baginda Nabi Ibrahim a.s . Selawat yang menggabungkan di antara kedua-dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi s.a.w itu digelar oleh para ulama’ sebagai “ Selawat Ibrahimiyyah “ . Hadis yang menganjurkan agar kita berselawat ke atas kedua-dua Nabi Besar s.a.w itu adalah hadis yang sahih , yang diriwayatkan oleh Imam Muslim rh dan Imam Ibnu Khuzaimah rh ( Hadis ke-336 , Kitab Bulughul Maram , karangan Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar Al-‘Asqalaniy ).

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌٍ

2 – Kita melakukannya disebabkan sebab-sebab berikut :

a – Kerana Nabi Muhammad s.a.w sendiri yang mengajarkannya dan memberikan contohnya kepada kita , walhal kita wajib mengikuti ajaran Baginda s.a.w - Firman Allah Ta’ala di dalam Al-quran Al-Karim ;

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا

Ertinya : “…..Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. …. “ ~ ( Al-Hasyr : Ayat 7 )

b- Ianya merupakan satu penghormatan kepada Nabi Ibrahim a.s yang digelar sebagai “ Bapa Para Nabi a.s “ , Apatah lagi Baginda Nabi Muhammad s.a.w sendiri berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s dan sekaligus jika Baginda a.s adalah datuk kepada Rasulullah s.a.w , maka Baginda s.a.w juga adalah Nabi dan juga datuk kepada semua orang-orang Islam .

c – Kekalnya nama Baginda Nabi Ibrahim a.s di dalam bacaan Tahiyat di dalam sembahyang kita , adalah merupakan satu penghormatan & doa yang dikabulkan oleh Allah Ta’ala kepada Baginda a.s . Firman Allah Ta’ala yang menggambarkan kisah permohonan doa Nabi Ibrahim a.s kepada-Nya :

رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ (83) رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ (84)

Ertinya : “(Nabi Ibrahim berdo'a): "Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh, ( 83 ) . Dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian (84 ) ~ Surah Asy-Syu’araa’


d- Nabi Ibrahim a.s digelar sebagai “ KhalilulLah “ , manakala Nabi Muhammad s.a.w pula digelar sebagai “ HabibulLah “ . Kedua-dua gelaran itu bermakna : KEKASIH ALLAH TA’ALA , akan tetapi perkataan “ Habib “ pada “ HabibulLah “ itu lebih bermakna yang paling dikasihi oleh Allah Ta’ala . Jadi , Nabi Muhammad s.a.w merupakan makhluk yang paling dikasihi dan dicintai oleh Allah Ta’ala . Dan dengan berselawat ke atas kedua-dua Nabi Besar s.a.w itu , ianya merupakan satu penghormatan pula kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w .


Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

Rujukan:http://soalsolatumum.blogspot.com/2008/12/kenapa-salawat-atas-ibrahim.html