Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Friday, October 10, 2014

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.

Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk.

Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu.

Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul.

Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.

Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam.

Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.



2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki.

Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang.

Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.



3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung.

Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.



4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan.

Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri.

Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.



5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah.

Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.



6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.



7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula?

Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya.

Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.



8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka.

Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya.

Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.



9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:

.:: – Bersopan satun

.:: – Sentiasa memaniskan wajah

.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

.:: – Menutup aurat

.:: – Ramah dan mesra

.:: – Tidak terlalu cemburu

.:: – Menghormati orang lain

.

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali.

Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini.

Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.

Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama.

Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta.

Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri

25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita

1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.

2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.

3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.

5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.

6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.

8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.

9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.

10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.

11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.

12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.

15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.

16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.

22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.

23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.

24. Belajarlah memasak. Terasa pelik bila seorang perempuan itu tidak tahu memasak, Gerrard pun tahu masak tau ^_^v. Memasak  menunjukkan minat anda terhadap si dia dan dia bangga dengan usaha anda.

25. Berpendidikan. Bukan bererti perlu mempunyai segulung ijazah dari mana-mana universiti tetapi cukup menonjolkan sikap rasional dan berfikiran positif bersama pasangan anda.Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. Paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.

Thursday, October 9, 2014

Cantik dalam erti kata sebenar




Islam tidak menetapkan satu ciri khusus sebagai kriteria “wanita cantik”, juga tidak menyatakan bagaimana seharusnya penampilan seorang wanita agar kecantikannya terserlah. Akan tetapi, Islam adalah agama yang menyeru kepada kecantikan dan keindahan. Kecantikan yang berbentuk maknawi iaitu berupa akhlak, sifat dan sikap, itu adalah kecantikan sebenarnya dalam Islam.


Tabah

Wanita ini akan tertawa pada saat hatinya sedang terluka. Ini kerana dia ingin menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang di sekelilingnya. Yakin dengan pertolongan Allah AWT akan datang kepadanya dan dia terus menampakkan wajah bahagia untuk menutupi segala masalah yang dihadapi. Keyakinannya kepada Allah juga tidak pernah surut.


Tidak mengharapkan balasan

Kasih sayangnya terhadap suami dan keluarga adalah ikhlas dari hati. Bukanlah kerana mengharapkan sebarang balasan. Malah, bagi wanita yang cantik seperti ini, kasihnya kepada keluarga membuatkannya kuat dari segala ujian yang menimpa. Kasih sayang seorang wanita cantik ini amat sukar dicari melainkan daripada kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.


Sentiasa memaafkan

Memaafkan kesalahan orang lain kepada kita sememangnya sukar terutama sekali jika hati sudah terluka dengan perbuatan orang itu. Namun, bagi seorang wanita yang cantik, memaafkan orang yang pernah melukakan hatinya menjadi perkara yang diamalkannya. Ini merupakan cara untuk mendidik diri menjadi lebih tabah.


Doa menjadi amalan harian

Seorang wanita cantik tidak akan pernah putus asa berdoa kepada Allah SWT tidak kira siang atau malam . Doanya juga termasuk doa-doa kesejahteraan kepada suami serta keluarga tersayang. Wanita ini tidak mementingkan diri kerana dia lebih mementingkan kepentingan orang yang disayanginya.


 Allah SWT berfirman:

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita itu harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.”

Friday, August 24, 2012

9 Sifat Wanita Yang Disukai Lelaki

9 Sikap wanita yang disukai Lelaki :-

1. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai

Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

9. Pandai memasak

Lelaki suka wanita yang pandai memasak. Lelaki suka masakan dari air tangan isterinya. Jangan terkejut, kebanyakan lelaki berbangga jika isterinya pandai masak, pasti dicanangkan kepada rakan2nya. Inilah senjata wanita yang tidak disedari oleh kaum wanita.

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

Rahsia Gadis/Wanita Menjaga Keayuan

Keayuan gadis tidak hanya terletak pada paras rupa. Ianya merupakan gabungan segalanya, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Berikut merupakan diantara cara-cara bagaimana untuk gadis mengekalkan keayuan mereka.

Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’.

Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan.

Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.

Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.

Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa.

Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong.

Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.