Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 4-5 November 2009M bersamaan 16-17 Zulkaedah 1430H kali 181 memutuskan keputusan bahawa :
” Kegiatan menghidu Gam di Kalangan Orang Islam adalah HARAM kepada umat Islam atas asas ianya dikiaskan dengan pengharaman arak dari segi illahnya ( علة ) iaitu memabukkan berdasarkan hadis Rasulullah SAW :
ما أسكر كثيره فقليله حرام
Maksud : Minuman apa pun kalau banyaknya itu memabukkan, maka sedikitkannya pun adalah haram.
(R. Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)
Perbuatan menghidu gam ini boleh membawa kepada kemudharatan diri pengamalnya. Allah berfirman dalam hal ini :
Maksud : dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri, Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (an-Nisa’ : 29)
Maksud : dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (al-Baqarah : 195)
لا ضرر ولا ضرار
Maksud : Tidak boleh membuat bahaya dan membalas bahaya
(R. Ahmad dan Ibnu Majah)
Sumber, Jabatan Mufti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment