Memberi Salam
Dikeluarkan oleh Abu Nu'aim di dalam Al-Hilyah dari At-Tufail bin Ubai
bin Ka'ab ra. bahwa beliau suatu ketika telah datang menemui Abdullah
bin Umar r.ahuma. dan pergi bersamanya ke pasar.
Kata At-Tufail, "Apabila kami berjalan ke pasar pada waktu pagi itu,
Abdullah ra. telah memberi salam kepada siapa saja yang ditemuinya,
tidak kira mereka orang-orang yang menjalankan jual beli, orang miskin
dan kepada siapapun mereka. Oleh sebab itu aku pun pergi kepadanya pada
suatu hari dan beliau telah mengajakku ke pasar. Aku pun bertanya
kepadanya, 'Apakah yang kamu lakukan di pasar sedangkan kamu tidak
melakukan sebarang penjualan di sana, tidak menanyakan harga barang
untuk dibeli, kamu tidak menimbang atau menukar barang di sana dan kamu
tidak juga duduk di dalam majelis-majelis di pasar tersebut?' Aku pun
menyuruhnya duduk saja ditempat itu untuk berbincang".
Abdullah bin Umar r.ahuma pun berkata kepadaku, "Wahai si perut besar!
Adapun kita ke sana semata-mata untuk memberi salam dan hendaklah kamu
memberi salam kepada siapa saja yang kamu temui".
Dikeluarkan oleh Malik dari At-Tufail bin Ubai bin Ka'ab ra.seumpama dengannya.
Di dalam riwayat lain, Abdullah bin Umar r.ahuma. berkata, "Adapun kita
ke pasar semata-mata untuk memberi ucapan salam maka hendaklah kamu
memberi salam kepada orang yang kamu temui".
Dikeluarkan oleh Al-Bukhari di dalam Al-Adab dari At-Tufail bin Ubai bin Ka'ab ra. seumpama dengannya.
Dikeluarkan oleh At-Tabarani dari Abu Umamah Al-Bahili ra. bahwa beliau
telah memberi salam kepada setiap orang yang ditemuinya. Beliau berkata,
"Aku tidaklah mengetahui seseorangpun yang mendahuluiku dalam memberi
salam melainkan seorang lelaki Yahudi. Suatu ketika ia telah bersembunyi
di balik tiang. Tiba-tiba dia keluar dari persembunyiannya itu memberi
salam kepadaku."
Abu Umamah ra. telah berkata kepada lelaki Yahudi itu, "Celaka kamu
wahai si Yahudi! Apakah yang menyebabkan kamu melakukan perbuatan
sebagaimana yang telah kamu lakukan itu?" Laki-laki Yahudi itu pun
menjawab, "Aku telah mengetahui bahwa kamu adalah seorang lelaki yang
banyak memberi salam. Oleh kerana aku mengetahui bahwa amalan itu
mengandungi kebaikan dan kelebihan, lalu aku berkeinginan untuk
mendapatkan kelebihan tersebut".
Abu Umamah ra. pun berkata kepadanya, "Celaka kamu, kerana sesungguhnya
aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda, 'Sesungguhnya Aallah
telah menjadikan ucapan salam sebagai ucapan kepada ummat kami dan
keamanan bagi orang-orang yang berada di bawah tanggungan dan
perlindungan kami (kafir dzimmi)".
Di dalam riwayat Abu Nu'aim di dalam Al-Hilyah dari Muhammad bin Ziyad
katanya, "Aku telah memegang tangan Abu Umamah ra. sedang beliau dalam
perjalanan pulang ke rumahnya. Tidaklah beliau melewati seorangpun baik
orang Islam, Nasrani, kecil atau besar melainkan beliau memberikan
ucapan salam kepadanya. Beliau berkata,
Salamun 'alaykum. Salamun 'alaykum (kesejahteraan ke atas kamu)!
Apabila beliau sampai di depan pintu rumahnya, beliau berpaling ke arah
kami seraya berkata,"Wahai anak saudaraku! Nabi kami telah memerintahkan
kami agar menyebarkan salam di kalangan kami".
Di dalam riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adab dari Basyir bin Yasar katanya,
"Tiada seorangpun mendahului atau bersegera dalam memberi salam selain
dari Ibnu Umar r.ahuma".
Dikeluarkan oleh At-Tabarani dengan isnad Hasan dari Anas bin Malik ra.
katanya, "Kami bersama-sama dengan Rasulullah SAW di zamannya. Aapabila
kami berpisah dan dipisahkan oleh sebatang pohon, maka kami akan
memberikan ucapan salam apabila kami saling bertemu di antara satu
dengan yang lain".
Sebagaimana dalam At-Targhib. Dikeluarkan oleh Al-Bukhari di dalam Al-Adab.
Sumber...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment