
Dalam aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong Mueeza dan di letakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah, ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Bahkan kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan layaknya menyanyangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan comel ini sangatlah serius, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah azab neraka.
Beberapa diantara orang terdekat nabi juga memelihara kucing. Aisyah binti Abu Bakar shiddiq, isteri nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Abdul Rahman bin Sakhr al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara pelbagai kucing jantan dirumahnya. "
P/s: Gambar Hiasan
No comments:
Post a Comment