Sunday, September 2, 2012

Tiga dan Tujuh Golongan


Tujuh Golongan yang Mendapat Naungan Allah

Golongan Ahli Syurga Dijamin Masuk Syurga. Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:


  1.  Pemimpin yang adil.
  2. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
  3. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
  4. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak … saya takut kepada Allah.”
  6. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
  7.  Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.



Perbezaan Ahli Syurga dan Neraka

Dari Iyadh bin Himar Ra, bahawa sesungguhnya didalam khutbahnya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ahli Syurga ada 3 golongan, yaitu para penguasa yang menggunakan kekuasaannya untuk keadilan dan kebenaran, seseorang yang penyayang dan lembut hatinya kepada siapa saja dan orang muslim yang menjaga diri dari kemaksiatan. Sedangkan ahli neraka ada lima golongan yaitu: orang lemah yang tidak peduli sesamanya, para pengkhianat, penipu yang memperdaya keluarga dan harta orang lain, kikir dan pendusta, serta orang yang berakhlak tercela” (HR.Muslim)


No comments:

Post a Comment