Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Saturday, October 4, 2014

Gulai Telur Ikan



600 gm telur ikan
200 gm serbuk kari
20 gm halba campur
50 gm air asam jawa
2 tangkai daun kari
300 gm minyak masak
1 liter santan, daripada sebiji kelapa
4 tangkai cili merah, dibelah empat
4 tangkai cili hijau, dibelah empat
4 biji tomato, dibelah empat
Garam secukupnya
250 gm bawang merah - dihiris halus
150 gm bawang besar - dihiris halus
60 gm bawang putih - dihiris halus
20 gm halia - dihiris halus

Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis daun kari dan halba campur sehingga wangi. Masukkan bahan-bahan hiris. Kacau hingga garing. Perlahankan api dan masukkan sedikit air. Kacau lagi hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan santan. Biarkan mendidih baru masukkan telur ikan, cili hijau, cili merah dan tomato.

Sup Sirip Yu



Bahan-bahan:
30 gm sirip ikan yu (direndam dalam air)
10 gm bawang putih (dicincang halus)
10 gm halia (dipotong jejari kecil)
20 gm bawang besar (dimayang nipis)
100 gm isi ketam/surimi (dicincang halus)
50 gm cendawan(dipotong jejari klecil)
30 gm lobak merah (dipotong jejari kecil)
30gm kacang panjang (dipotong nipis dan kecil)
1.5 liter air rebusan ikan
1 biji telur dipukul sedikit
Tepung jagung (secukupnya dan dicairkan dengan air)
Garam secukup rasa
Serbuk lada putih secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Setelah itu, masukkan bawang besar diikuti denagn stok ikan. Kemudian masukkan sirip ikan, cendawan, lobak merah, kacang dan isi ketam. Biarkan ia mendidih sehingga sirip lembut. Pekatkan dengan tepung jagung semasa sup mendidih dengan api yang sederhana. Jangan pekat sangat. Setelah itu, tuang telur ke dalam sup, jangan dikacau sebelum telur timbul. Perasakan dengan garam dan serbuk lada putih. Angkat dan hidangkan sup ketika panas.

Ikan Masak Manis



Bahan-Bahan:
1 ekor ikan (beratnya kira-kira 1 ½lb)
2 jambak daun bawang
2 potong halia
1 sudu garam
1 butir telur (ambil kuningnya)
1 cawan lemak lembu 1 cawan minyak makan
1 labu bawang putih
Gula secukup rasa
1 cawan cuka
½ botol kicap tomato
Sedikit serbuk lada hitam
Cili merah (dipotong)

Cara:
Ikan dibersih & ditos. Potong bahagian daging ikan kelilingnya anggaran 1/2 inci tebal, gaul dengan garam. Sebelum digoreng hingga garing celupkan ikan itu ke dalam kuning telur, salutkan dengan lemak lembu. Panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkan kicap tomato, gula, lada hitam & air. Bila menggelegak tambah lemak lembu hingga pekat, tambah minyak makan anggaran 1 sudu, kacau. Curahkan kuah itu ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
Cadangan Hidangan:
Setelah diangkat hiaskan atasnya dengan cili yang sudah dipotong bersama daun bawang.

Ikan Stim Asam



Bahan A - ditumbuk lumat
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
sedikit belacan (jika suka)
3 sudu besar cili boh
1 ½ cawan air asam jawa
garam & minyak untuk menumis
2 atau 3 keping ikan (siakap/tenggiri/merah)

Cara:
Pijar minyak dalam kuali/frying pan. Tumis bahan A dan cili boh hingga naik bau dan cili masak.

Masukkan air asam jawa, garam & ikan. Besarkan api, tutup kuali/frying pan dengan tudung periuk hingga kuah pekat seakan sambal.

Hidang.