Thursday, July 12, 2012
Dan Dari Terbit Fajar
Rebahku sujud
mendakap tempatku berpijak
menghirup ketenangan daripada
- akar segala ciptaan
dan demi langit
yang mula menyebarkan siang
Tuhan,
jadikan setiap langkahku hari ini
tempat tumbuh dan bercambahnya
benih-benih cahaya
agar dapat kami menikmati
prisma-prisma pelangi
embun yang menitis di helaian lalang
di sebelahnya ada rama-rama
warnanya, hijau muda
sayapnya, tercorak kelarai harapan
wajahnya, seiras wajahku?
Selepas awal,
U.N.M, Noormasjid.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment