Monday, September 3, 2012

Keajaiban Di Sebalik Whuduk

Apakah keajaiban di sebalik kita berwuduk?

Kini telah ramai pakar perubatan moden yang mengkaji kebaikan berwuduk.
WUDUK merupakan senjata orang Mukmin sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan SOLAT (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur”.
(Al-Maidah : 6 )

Wuduk tidak hanya sekadar membersihkan anggota zahiriah dan bukan sekadar menyucikan badan yang dilakukan secara berulang kali setiap hari. Malahan, perbuatan berwuduk itu mempunyai pengaruh kejiwaan dan membawa kepada tahap kemuliaan rohani. Seseorang muslim yang berwuduk akan dapat merasakan sendiri perasaan tersebut. Dan ianya bukan sekadar diungkapkan dengan kata-kata sahaja, terutamanya sekiranya seseorang melakukannya ( wuduk) dengan sempurna.
Rentetan daripada perbuatan wuduk yang sempurna akan melahirkan seorang Muslim Mukmin yang sentiasa bertenaga, berfikiran positif dalam mengharungi kehidupan, serta yang lebih penting menimbulkan rasa perhambaan yang tinggi dalam dirinya.

Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud :”Siapa yang berwuduk dengan sempurna, maka dosa-dosanya akan keluar dari badan hingga ada yang keluar dari bawah kukunya.”
(H.R. Muslim)

“SIAPA yang berwuduk, kemudian dia menyempurnakannya dengan membasuh kedua-dua tangan, wajahnya, menyapu kepalanya dan kedua telinga, lalu dia berdiri melaksanakan solat wajib, maka dosanya diampuni pada hari itu.  Dosanya diampuni selama dia menjaga ke mana kakinya berjalan, menjaga apa yang dipegang tangannya, yang didengar telinganya, yang dilihat matanya dan selama dia mencegah dirinya daripada terjerumus ke dalam keburukan.”
(H.R. Ahamad dari Abu Umamah)

Membasuh anggota wuduk dapat menghilangkan kekotoran seperti debu yang sentiasa mengotori anggota badan manusia. Keterlibatan seseorang dengan alam sekeliling memungkinkan perkara ini sentiasa berlaku. Jutaan bakteria tentunya akan memberi kesan kepada manusia kerana pendedahan ke ruang sekitar yang tercemar. Dengan berwuduk sekurang-kurang lima kali sehari sudah tentu risiko ini dapat dihindari ,


HIKMAH WUDUK DARI SUDUT SAINS

SESUNGGUHNYA  setiap syariat yang difardukan ALLAH kepada manusia mempunyai rahsia yang tersendiri. ALLAH mewajibkan umat Islam berwuduk sebelum melakukan solat, malah umat Islam disunatkan berwuduk dalam banyak keadaan lain seperti ketika ingin membaca Al-Quran, tidur, mandi wajib dan SEBAGAINYA.

MENGAPAKAH  wuduk begitu dititikberatkan di dalam Islam? Apakah rahsia yang tersirat di sebalik perlakuan berwuduk?
Mari  kita menyingkap hikmah berwuduk dari teropong sains dan  kesihatan.

·  BERKUMUR-KUMUR
KAJIAN MODEN mendapati bahawa dengan berkumur-kumur, mulut dan kerongkong akan terjaga daripada terjadinya radang gusi di samping kebersihan mulut serta gigi akan terjaga. Perbuatan berkumur-kumur juga memberi impak kepada urat wajah pengamalnya. Ia merupakan suatu latihan penting dan telah diakui oleh beberapa pakar pendidikan berkaitan olah raga.
Latihan ini bermanfaat dalam mencipta rasa ketenangan jiwa bagi seseorang, apabila perlakuan menggerakkan urat-urat mulut dilakukan dengan betul ketika berkumur-kumur.

·  MEMBASUH HIDUNG
KAJIAN yang dilakukan oleh sekumpulan doktor di Universiti Alexandria mendapati bahawa, pada umumnya individu yang berwuduk secara konsisten akan mendapati hidung mereka bersih daripada debu, kuman dan bakteria. Hal ini mempunyai hubungan dengan kesihatan badan seseorang secara keseluruhannya kerana dengan berkumpulnya bakteria pada lubang hidung akan membahayakan anggota badan yang lain.

·  MEMBASUH WAJAH DAN KEDUA-DUA TANGAN
Sememangnyalah dengan membersihkan wajah dan tangan akan menghalang debu dan bakteria daripada melekat pada permukaan kulit bahagian tersebut.
Air wuduk juga berfungsi membersihkan kulit dari kandungan minyak yang tersimpan dalam kelenjar kulit. Pada umumnya kelenjar kulit dan kandungan minyak yang tersimpan menjadi tempat yang baik bagi pembiakan kuman.

·  KEDUA-DUA BELAH KAKI
Dengan membasuh kedua-dua kaki sambil memerhati dengan baik akan menciptakan perasaan tenang dan nyaman kerana di kakilah terletaknya semua urat yang berhubungan dengan seluruh anggota badan. Apabila seseorang berwuduk dengan melihat kedua-dua kakinya dengan penuh perhatian, dia seolah-olah melihat anggota badannya secara bersama. Perkara inilah antara sebab yang akan memberikan perasaan tenang dan nyaman bagi setiap Muslim setelah berwuduk.

No comments:

Post a Comment