Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Saturday, June 11, 2016

Kenapa Jari Kita Tidak Sama Panjang




Nenek moyang kita memiliki bentuk telapak tangan serta jemari yang mirip dengan simpanse modern: telapak tangan serta jemari yang panjang, namun ibu jarinya kecil dan lemah. Kegunaannya adalah amat kuat saat memegang dahan, namun lemah saat mencubit atau memeras sesuatu.

Kini, tangan kita telah berevolusi dengan bentuk telapak serta jari jemari yang jauh lebih pendek. Ibu jari, telunjuk, dan jari tengah, memiliki dasar yang lebih kuat untuk menghadapi tekanan yang lebih besar.

Bahkan, ibu jari memiliki tiga otot pendukung yang tak lagi dimiliki oleh simpanse. Selain itu, telapak juga memiliki tambahan bantalan lemak, yang berguna untuk melindungi tangan serta membantu menggenggam sesuatu.

Para peneliti memiliki beberapa teori untuk menjelaskan mengapa perubahan ini terjadi pada struktur tangan. Salah satu teori yang paling populer adalah, untuk membuat peralatan yang lebih baik, diperlukan pula genggaman yang lebih baik. Apalagi pembuatan dan penggunaan peralatan dengan tangan, semakin berkembang.

Teori lainnya adalah berkat kebutuhan untuk melempar serta memukul sesuatu. Terori ini mirip teori sebelumnya, bahwa manusia harus menggenggam sesuatu secara tepat dengan penuh kekuatan. Contohnya adalah saat pitcher melempar bola baseball, atau memegang kampak untuk menebang pohon.

Teori ketiga, terkait dengan pertahanan manusia menggunakan tangan. Tangan adalah satu-satunya senjata yang amat kuat yang dimiliki oleh manusia, apalagi saat membentuk menjadi kepalan. Hasil penelitian menunjukkan, kekuatan tinju ternyata sama besarnya dengan tamparan. Namun, kerusakan jaringan dan tulang pada lawan lebih besar kemungkinannya jika dilakukan dengan tinjuan.

Saat tangan kita membentuk kepalan, tak ada sisa ruang di dalam kepalan tersebut. Hal ini disebabkan oleh panjang pendeknya tulang yang membentuk jemari, termasuk ibu jari yang terpendek namun memiliki letak yang sempurna untuk membela diri.

Monday, June 6, 2016

Spesis Tumbuhan Yang Boleh Membunuh



1. Pokok Castor (Ricinus communis), pokok  yang paling beracun di dunia.
Tumbuhan kastor asli berasal dari lembangan Mediterranean, Afrika timur dan India, tetapi banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Walaupun benihnya sangat beracun, ia adalah sumber minyak yang penting dari segi ekonomi seperti minyak pelincir bagi industri aeroangkasa dan merupakan salah satu produk komersial yang terawal dan penting dari segi ekonomi semulajadi. Toksin yang dinamakan ricin didapati di seluruh tumbuhan tersebut, tetapi tertumpu di biji / kacang (minyak jarak dibuat daripadanya). Satu biji mentah adalah cukup untuk membunuh manusia dalam 2 hari, yang menjadikan kematian yang panjang dan  memeritkan. Gejala-gejala pertama akan dialami dalam tempoh beberapa jam dan akan termasuk rasa seakan terbakar di tekak dan mulut, sakit perut, cirit-birit berdarah dan muntah. Punca akhir kematian adalah akibat dehidrasi.

Anehnya, manusia adalah yang paling sensitif pada benih ini, kerana ia mengambil 1-4 untuk membunuh manusia, 11 biji untuk membunuh anjing dan 80 biji untuk membunuh itik. Pokok kastor kini memegang Rekod Dunia Guinness bagi  tumbuhan paling beracun.




2. Pokok Nerium Oleander ditanam secara meluas sebagai pokok renek hiasan. Tumbuhan bergetah putih ini begitu toksik sehingga hanya sehelai daunnya boleh membunuh seorang lelaki dewasa, ranting, bunga atau kudupnya juga beracun. Tumbuhan Oleander menyimpan beberapa toksin maut, seperti neroside, saponin dan oleandroside, serta glikosida jantung. Bahan toksin ini  bekerja dengan cepat, apabila ditelan, menutup sistem kardio-vaskular dan saraf, selepas menyebabkan loya dan muntah-muntah teruk.  Sesungguhnya ia adalah hiasan indah, tetapi berhati-hati dengan tanaman maut ini jika ditanam di taman anda. Oleh itu jangan lupa untuk mencuci tangan anda selesai mengurus pokok ini.



3. Pokok Akar Saga (Abrus precatorius) atau  Rosary Pea, juga sering ditanam sebagai tanaman hiasan. Salah satu tumbuhan di dunia yang paling berbahaya. Pembuatan barang kemas dengan biji ini adalah berbahaya, dan sudah terdapat kes kematian akibat luka pada jari semasa menebuk biji tersebut untuk dijadikan manik. Biji kacangnya yang berwarna merah terang mengandungi racun lectin dipanggil abrin, jika ditelan atau dikunyah akan mengakibatkan kematian yang hampir serta-merta. Salah satu racun dikenali yang paling maut, Abrin menyebabkan muntah yang teruk, demam yang tinggi,  lelehan air liur yang tidak dapat dikawal hingga ke tahap ketegangan saraf, kegagalan hati, kegagalan pundi kencing, pendarahan dari mata dan sawan. Tumbuhan hiasan ini  benar-benar boleh membawa maut. 





4. Pokok Kecubung (Datura stramonium) atau Apple Thorn atau Locoweed menghasilkan bunga yang cantik di taman-taman. Tumbuhan ini digunakan untuk perubatan dan sebagai minuman yang memabukkan untuk beratus-ratus tahun. Warna bunga kecubung yang biasa ditemui adalah ungu dan putih dengan bijinya yang berduri. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid. Dengan bahan aktif toksin Atropine, hyoscyamine dan scopalomine, yang berkemungkinan sejurus sebelum jantung anda berhenti, anda akan mengalami panas badan, degupan jantung yang dipercepatkan, ucapan tidak keruan jika tertelan. Tiap-tiap bahagian tumbuhan ini mengandungi tahap racun berbahaya. Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja.

***Amaran : Keracunan hanya akan berlaku sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak. Jika ada yang keracunan kecubung , terutamanya kanak-kanak, jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya usahakan supaya mereka terus berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.




5.  Pokok Bunga Trumpet (Solanaceae) atau Angel's Trumpet berasal dari kawasan tropika Amerika Selatan, tetapi terdapat di seluruh dunia. Bunganya  berbentuk berjumbai,  tergantung dari pokok. Bunga datang dalam pelbagai saiz (14-50cm) dan dalam pelbagai warna, termasuk putih, kuning, jingga dan merah jambu. Semua bahagian tumbuhan tersebut mengandungi toksin, seperti alkaloid tropane scopolamine dan Atropine. Pokok ini kadang-kadang dijadikan teh dan ditelan sebagai dadah halusinogen. Mempunyai  tahap-tahap ketoksikan berbeza dan adalah mustahil untuk mengetahui berapa banyak toksin yang anda telah ditelan. Untuk mencuba hasil toksiknya, ramai pengguna telah terlebih dos dan meninggal dunia kerananya.





6. White Snake Root (Ageratina altissima) adalah pokok yang sangat beracun, berasal dari Amerika Utara. Bunga berwarna putih dan, selepas mekar, benih yang kembang kecil ditiup angin. Tumbuhan ini mempunyai peratus tremetol toksin yang tinggi dikenali untuk membunuh manusia secara tidak langsung. Apabila tumbuhan dimakan oleh lembu, toksin diserap ke dalam susu dan daging mereka. Apabila manusia makan daging lembu atau minum susu, toksin memasuki tubuh dan menyebabkan sesuatu yang dinamakan penyakit susu, yang boleh membawa maut. Beribu-ribu peneroka Eropah yang jahil meninggal dunia daripada penyakit susu ini di Amerika pada awal abad ke-19. Hal ini juga dipercayai menyebabkan ibu Abraham Lincoln, Nancy Hanks, meninggal dunia.




7. Water Hemlock, atau racun parsnip yang merupakan sekumpulan tumbuhan yang sangat beracun yang berasal dari kawasan beriklim sederhana hemisfera utara. Tumbuh-tumbuhan kecil yang sangat tersendiri berbunga putih atau hijau, tersusun dalam bentuk payung. WaterHemlock dianggap sebagai tumbuhan di Amerika Utara yang paling berbisa kerana ia adalah sangat beracun kepada manusia. Tumbuh-tumbuhan mengandungi toksin yang dinamakan cicutoxin yang menyebabkan sawan. Racun ini dijumpai dalam semua bahagian tumbuhan terutama di akarnya, yang paling mujarab pada musim bunga. Selain sawan serta-merta, gejala-gejala lain termasuk rasa loya, muntah-muntah, sakit perut, gegaran dan kekeliruan. Kematian biasanya disebabkan oleh kegagalan pernafasan atau fibrilasi ventrikular dan boleh berlaku hanya beberapa jam selepas pengambilan.




8. Pokok Ipoh (Antiaris toxicaria Lesch )adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Pokok Ipoh mempunyai getah beracun yang digunakan sebagai racun untuk hujung sumpitan orang asli. Racun ini bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan. Untuk mengelakkan keracunan kepada pemburu, bahagian daging pada mangsa perburuan akan dipotong dan dibuang. Ciri-ciri daun pokok Ipoh ini ialah hujung daunnya berbentuk tirus,oblong elliptik,pangkal daun berbentuk bulat. Secara umumnya daun pokok ini adalah nipis. Bandar Ipoh, Perak juga berkemungkinan mendapat nama sempena pokok Ipoh.



9. Wolfsbane , tumbuhan saka berasal dari kawasan pergunungan hemisfera utara. Tumbuhan mengandungi kuantiti racun yang dipanggil alkaloid pseudaconitine, yang digunakan oleh orang-orang Ainu Jepun sebagai racun untuk memburu yang disapu di hujung kepala anak panah mereka yang sangat besar. Dalam kes-kes penelanan, gejala, termasuk membakar dalam anggota dan abdomen. Dalam kes dos yang terlalu banyak, kematian boleh berlaku dalam 2-6 jam dan 20ml adalah cukup untuk membunuh seorang lelaki dewasa. Menariknya, Wolfsbane juga disebut dalam tradisi mitologi untuk menangkis serangan serigala jadian (werewolves / lycanthrope).

Makan Tarantula di Trov Pheang Cats



Disaat ramai orang menganggap labah-labah spesis tarantula merupakan binatang yang merbahaya dan beracun, lihatlah sesuatu yang sungguh rare! Kanak-kanak di desa  Trov Pheang Ctas, Cambodia ini  memburu labah-labah, dengan bersahaja menangkapnya dengan menggunakan jari, memasukkan ke dalam botol, membersihkannya dengan air sebelum dimasak dan digoreng dengan mentega dan minyak.

Labah-labah merupakan hidangan murah dan mudah terdapat di hutan berdekatan, sumber protin yang terdekat barangkali! Jaguh memburu labah-labah beracun ini ialah kanak-kanak.

Lebih enak dimakan begitu saja... 


Saya dapat tarantula!

Goreng pun sedap!

Warung Tarantula goreng 




Tradisi Potong Jari Papua

Kesedihan saat telah ditinggal pergi oleh orang yang cintai dan kehilangan salah satu anggota keluarga sangat pedih.




Lain halnya dengan masyarakat pergunungan tengah Papua yang melambangkan kesedihan lantaran kehilangan salah satu anggota keluarganya yang meninggal tidak hanya dengan menangis saja. Melainkan ada tradisi yang diwajibkan saat ada anggota keluarga atau kerabat dekat seperti; suami,istri, ayah, ibu, anak dan adik yang meninggal dunia. Tradisi yang diwajibkan adalah tradisi memotong jari.

Jika kita mengadabtasi tradisi memotong jari dengan peradaban masakini sudah pasti ianya sudah tidak releven lagi. Tradisi ini tergolong tradisi ekstrim. Akan tetapi bagi masyarakat pegunungan tengah Papua, tradisi ini adalah sebuah kewajiban yang harus dilakukan. Mereka beranggapan bahwa memotong jari adalah symbol dari sakit dan pedihnya seseorang yang kehilangan sebagian anggota keluarganya.


Boleh diandaikan adalah simbol kesetiaan, kebersatuan dan kekuatan dalam diri manusia mahupun sebuah keluarga. Walaupun dalam penamaan jari yang ada ditangan manusia hanya menyebutkan satu perwakilan keluarga yaitu Ibu jari. Akan tetapi jika diamati setiap bentuk dan panjang mempunyai fungsi dan keistimewaan tersendiri dalam memudahkan proses hidup manusia. Satu sama lain saling melengkapi sebagai suatu kelangsungan hidup dan kehidupan. Jika salah satu hilang, maka hilanglah komponen yang membentuk kepelbagaian kekuatan fizikal manusia.

Alasan lainya adalah "Wene opakima dapulik welaikarek mekehasik" atau pedoman dasar hidup bersama dalam satu keluarga, satu fam/marga, satu honai (rumah), satu suku, satu leluhur, satu bahasa, satu sejarah/asal-muasal, dan sebagainya (Hisage, Yulianus Joli, 07:2005).  Budaya bersatu-padu sangatlah penting bagi masyarakat pegunungan tengah Papua. Hanya luka dan darah yang tersisa. Pedih-perih yang meliput suasana. Luka hati orang yang ditinggal mati anggota keluarga hanya akan sembuh bila luka pada keratan jari sudah sembuh dan tidak terasa sakit lagi. Mungkin kerana itulah masyarakat pegunungan papua memotong jari saat ada keluarga yang meninggal dunia.

Menurut informasi, pemotongan jari umumnya dilakukan oleh kaum ibu. Akan tetapi tidak menutup kemungkinan pemotongan dilakukan oleh anggota orang tua keluarga lelaki atau perempuan.  Sebagai contoh,  jika si mati yang meninggal tidak mempunyai ibubapa lagi maka si suamilah yang harus menanggungnya.



Cara pemotongan (Sadisnya!)
Tradisi potong jari di Papua dilakukan dengan berbagai cara ada yang menggunakan benda tajam seperti pisau, kapak atau parang. Cara lainya yaitu mengikat jari dengan seutas tali sampai beberapa lama waktunya sehingga menyebabkan aliran darah terhenti dan pada saat aliran darah berhenti baru dilakukan pemotongan jari.


Selain tradisi pemotongan jari, ada juga tradisi yang dilakukan dalam upacara berkabung. Tradisi tersebut adalah tradisi mandi lumpur. Mandi lumpur dilakukan oleh kelompok atau anggota dalam jangka waktu tertentu. Mandi lumpur mempunyai maksud simbolik bahawa  setiap orang yang telah meninggal dunia telah kembali kealamnya. Manusia berawal dari tanah dan kembali ke tanah.


Buat masa ini masih belum ada sumber yang  boleh menginfokan samaada tradisi memotong jari ini masih berlangsung atau tidak.   Mungkin boleh dikatakan ada namun jarang ditemui atau dilakukan mungkin kerana pengaruh agama yang mula berkembang di sekitar daerah pegunungan tengah Papua.


Thursday, June 2, 2016

Gincu Vs Lip Gloss

Choosing what to add to your lips is part of the fun of using makeup and usually involves applying a lipstick or smothering on a lip gloss. If you’re not sure which one is the right choice, or even what the difference between the two is, then read on! Lipstick image: http://images.thehairstyler.com/attachment_resources/attachments/1891/original/lipstick-blog-3.jpg Lipstick comes in lots of different textures and is great at providing a dense, rich color that can last all day and night (depending on the kind you choose). The main lipstick varieties are: Matt Matt lipsticks provide a flat color and are great if you’re after a long lasting look. They can make your lips a little dry, however. Matt lipsticks are a good choice for those with big lips who want to showcase and flatter their pout. Creamy Creamy lipsticks come in very true colors and are the best formulations for those prone to dry lips. Frosted Frosted lipsticks come packed with shimmer and are perfect for creating a fuller pout when teamed up with a dab of clear gloss in the centre of your lips. Lip Gloss image: http://images.thehairstyler.com/attachment_resources/attachments/1890/original/lip-gloss-blog-3.jpg Lip gloss comes in all kinds of packages, such as tubes, pots and wands, which make them the perfect choice to carry around in your handbag. They do wear off much more quickly than lipstick, though, and need to be reapplied constantly. Lip glosses usually come in fruity flavors, however, so having to reapply isn’t really such a chore. High shine High shine glosses do what the name says and are almost like wearing a wet color. Creamy Creamy lip gloss has the dense color of a lipstick but with the slicker, creamer feel that only a lip gloss can provide. Sheer and Opaque Sheer and opaque lip glosses provide just a hint of color and lots of shine. Sparkling Sparkling lip glosses come in glitter infused varieties and are the perfect choice for parties! Both lipstick and lip gloss come in long lasting versions, and nowadays, you can even buy ones that use cinnamon and menthol to plump up your lips! If you still can’t decide what is best for you, then go by your outfit, occasion and hairstyle. A bold outfit might require a subtle lip color so a gloss would be a good choice, a fancy occasion may require a good strong red lipstick that is going to last the night, and a hairstyle where your hair strands are left to flow around your face will certainly go better with a smooth lipstick rather than a sticky lip gloss. When it comes to color choices, the virtual hairstyler has some great lipstick and lip gloss shades that you can try on your own photo or our model! All you’ve got to do is upload your photo or select our model, use the photo editor to outline your lips and then select a color from the makeup options, and presto, instant color. While you’re there you can even find a great hairstyle to go with your luscious lips! Read more: http://www.thehairstyler.com/blogs/beauty/lipstick-vs-lip-gloss#ixzz4Ar2xSmyu Under Creative Commons License: Attribution Follow us: @TheHairStyler on Twitter | TheHairStylercom on Facebook Read more at http://www.thehairstyler.com/blogs/beauty/lipstick-vs-lip-gloss#7KadU2UGgzIdeWJL.99

Sunday, May 29, 2016

7 Cara Mengenali Seseorang Dari Cara Dia Berjalan

1.Berjalan lambat
Orang yang berjalan lambat adalah orang yang tenang, selalu santai dan tidak pernah mengambil resiko dalam hidupnya. Karakter seperti ini biasanya bukan pejuang keras. Kadang, sikap santai membuatnya sulit maju dalam hal apa pun.


2. Berjalan menunduk
Ia adalah orang yang lebih sering menutup diri, tapi bukan bererti tidak percaya diri atau sulit bergaul. Karakternya cenderung misterius, terkesan cuek dan dingin. Tetapi jangan salah, dia sebenarnya cukup dikagumi kerana tidak hanya kerap membuat orang penasaran, dia juga orang yang sangat setia pada pasangan.


3. Berjalan sambil menoleh ke kiri dan kanan
Ertinya dia peduli sesama atau pengertian. Kebiasaannya menoleh ke kiri dan kanan menandakan dia sangat peduli dan selalu memperhatikan keadaan sekitarnya. Karakter orang seperti ini sangat cocok untuk dijadikan sahabat atau kekasih. Dia juga dapat dipercaya untuk menyimpan rahasia dan akan selalu ada untuk orang-orang yang dicintainya.


4. Berjalan lurus
Orang yang berjalan lurus memiliki karakter yang tegas dan berprinsip. Karakter seperti ini biasanya berpotensi menjadi seorang pemimpin atau orang yang hebat. Dia juga sangat bijaksana dalam mengambil keputusan dan selalu berpikir panjang sebelum bertindak.


5. Berjalan tidak lurus
Sebaliknya, orang yang berjalan tidak lurus memiliki karakter yang tidak tegas atau tidak memiliki prinsip. Biasanya dia hanya menikmati hidup tanpa memiliki rencana untuk masa depan. Orang seperti ini juga biasanya hanya suka bermain-main dan cenderung tidak serius.


6. Berjalan seperti menjinjit
Dia adalah orang yang berhati-hati. Biasanya orang yang sering berjalan menjijit sulit percaya pada orang lain dan juga sulit dipercaya kerana dia akan selalu berhati-hati untuk dirinya sendiri, sehingga cenderung egois.

7.Berjalan cepat
Orang yang berjalan dengan cepat memiliki karakter yang percaya diri, penuh semangat dan berenergi tinggi. Karakter seperti ini biasanya penuh perjuangan dan pantang menyerah. Dia selalu berusaha melampaui batas kemampuannya sampai berhasil. Kerana itu, dia memiliki peluang besar untuk sukses.

Itulah beberapa tips membaca karakter seseorang dari caranya berjalan. Kira-kira, yang manakah Anda?